Pengenalan Darul Al Musthofa

Visi

Menjadi pusat penyebaran ilmu dalam melahirkan para hafiz dan para alim yang berkualiti dari segi ilmu dan amalan. Mewujudkan insan yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, berprestasi, berketrampilan, cinta al quran dan dakwah seluruh alam serta menjadi platform untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi di dalam dan luar negara.

Misi

  • Mengembangkan sistem pembelajaran yang menghasilkan pelajar bertaqwa, cerdas, berketrampilan dan berdikari, berakhlakul karimah yang berjiwa ahlu sunnah wal jamaah.
  • Mendidik masyarakat kearah pembinaan generasi al quran dimana penghayatan dalam kehidupan mereka dan menjadi natijah pengwujudan masyarakat madani.
  • Melahirkan agamawan yang profesional, jujur, bermental kuat dan memiliki nilai-nilai kemasyarakatan yang berwawasan.
  • Mengembangkan nilai kecintaan terhadap al quran dengan menghafal, menghayati, mengamalkan serta mengembangkan kecintaan terhadap dakwah islam ke seluruh alam.

Sejarah Penubuhan

Mula beroperasi pada tahun 2010 oleh Ustaz Wan Zulkhairi Bin Wan Mustafa dengan serba kekurangan. Silibus dan modul pelajaran ialah Iqra dan tajwid/tahfi untuk pelajar berumur di antara 7 hingga 16 tahun.

Darul Al Musthofa sekarang beroperasi di bangunan rumah sewa yang uzur, atap yang bocor, dinding yang suda hkena makan anai-anai dan dah nak roboh. Ia tidak mampu untuk menampung kemasukan pelajar yang semakin ramai.

.

Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi pihak pengurusan

Jadilah Seorang Penyumbang Hari Ini

Kami amat memerlukan sumbangan anda!

“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)